Rabu, 30 Julai 2014

Ramadhan dan Raya Tahun ini

Raya tahun ni x seperti tahun lepas, sibuk membeli baju-baju, kasut, semua bgailah tapi tahun ni aku cuba belajar berjimat, pakai yang mana masih elok, guna yang mana boleh guna. Membeli jubah sehelai pon dah cukup untuk solat raya.

Sedih jugak Ramadhan tahun ni dah berlalu pergi, awal ramadhan dah start berniaga, malam menjadi bilal. Agak memenatkan bila usia macam ni dah kena bersusah payah. tapi aku sikit tak kisah sebabnya aku punya 4 alasan sebab untuk aku bekerja. 1. aku mencari pengalaman baru 2. aku juga memerlukan duit. 3. aku bukan orang senang yang boleh mintak apa yang aku nak dari mak ayah 4. aku dah biasa hidup susah dan aku tak kisah untuk susah sebab aku tahu disebalik kesusahan ada kesenangan.

pengalaman bekerja menjual bahulu di bazar, mengedar risalah dari rumah ke rumah, katering, kerja bersama pekerja asing di kilang kopi, mesin rumput, bekerja di restoran, ambil upah buat banner, jual ayam dan ikan bakar di bazar, jual minyak wangi dan lain-lain lagi yang aku x ingat tu amat berharga. Apa yang aku nak aku akan berusaha untuk aku dapatkan. 


 selpiaq bersama kezen si comel bambam hari raya pertama
hidup perlu diteruskan, rezeki perlu dicari, jodoh. opss.. kena diusahakan. haha
walaupun takdir dah tertulis tetapi kadang2 juga berlaku atas usaha dan ikhtiar kita. senyum dan teruskan tersenyum. :) salam alaik