Jumaat, 3 Januari 2014

Hijrah. Hijrah. Hijrah.





bercerita mengenai hijrah, tak banyak yang aku dapat sampaikan. sekarang sikit demi sedikit aku mahu lakukan perubahan . aku bukan seorang yang sempurna. aku hamba yang faqir, yang  tak ada apa-apa. kini aku sedar, tujuan aku hidup kini sudah aku abaikan. banyak impian aku tanam, tapi belum semunya terlaksana.

menghafal al-quran
doakan aku untuk mudah menghafal, faham dan mengamalkan ayat-ayat al-quran. aku teringat sabda nabi bahawa anak-anak yang menghafaz al-quran akan menjadi pemberi syafaat kepada ibu-bapanya.

aku sedar ya Allah jihad menuntut ilmu juga sukar ya Allah. oleh itu permudahkanlah urusanku dan tetapkanlah hatiku. amin

jodoh
aku tahu jodoh urusan Allah. aku akan berusaha bila sampai waktunya.

liku-liku perjalanan di negeri orang menguji semangatku. moga Allah membantuku.


#aku bukan anak yang baik tetapi aku akan berusaha menjadi anak yang  baik dan soleh.