Sabtu, 7 September 2013

Pengajian Bermula



Alhamdulillah.. hampir 2 bulan menyepi dari pengajian yang formal, kini ana kembali bergelar pelajar atau lebih tepat sebagai mahasiswa di sebuah universiti. Macam-macam yang ana ingin kongsikan tapi rasa masa nak taip ni tak cukup pulak. kt library tengah tunggu kelas sekarang. haha.. oke .

Apa yang ana harapkan ketika dapat masuk ke sini tidak menjadi kenyataan. Ana rindukan bi'ah ISLAMIK tapi di sini lebih kepada sosial atau sikular. okelah xnak ulas panjang. korang tahukan kalau pengajian Islam itu bercampur dengan pelbagai kos-kos yang lain.

Apapun ana tetap bersyukur dapat masuk ke sini. tapi harapan nak melanjutkan ke Mesir masih ada dan semakin memuncak ketika datang ke sini. Ramai juga kat sini yang ana jumpa nak ke Mesir tetapi macam ana, menangguh pengajian ke Mesir. Alhamdulillah ler dapat juga unisza ni.. :) :)


Ahad, 25 Ogos 2013

Wahai Sahabat :)

pasport ana nk ke mesir



assalamualaikum.. ana dapat rasakan bagaimana perasaan sahabat2 ana yang nak melanjutkan pelajaran di Mesir.
rasa sedih dan harapan untuk belajar di bumi anbiyya' kini hanya tinggal harapan. belum tentu masa depan dapat mengubah takdir dan sememangnya tanda-tanda kiamat kian jelas iaitu bakal terjadi perang dunia ketiga atau perang akhir zaman (armagedon). perasaan hampa itu masih ada dan ana tetap tanamkan keazaman dalam diri ana bahawa suatu hari nanti ana akan menjejakkan kaki di bumi anbiyya', kalau bukan belajar insyaallah sekadar melepaskan rindu untuk ke sana.

walau apapun ana tetap bersyukur kerana masih ditawarkan mengikuti pngajian di universiti tempatan. 
ana masih waras dan masih ingat bahawa tiada perancangan yang terbaik melainkan perancangan Allah dan ingatlah Allah sebaik-baik perancang. jadi ana bersyukur sangat-sangat. dan ingatlah juga bahawa ilmu itu bukan hanya ada di Mesir tetapi berada di seluruh pelusuk alam. hanya diri kita yang menentukan kita mahu mencari atau sebaliknya.

jadi harapan ana kepada sahabat-sahabat,
ingatlah ilmu itu luas, teruskan berusaha mencari, teruskan mengkaji, kerana setiap kejadian itu pasti ada hikmahnya. senyumlah wahai sahabat. :)

bersama sahabat2 ana yg juga hafiz2 di kem btn. muka berseri je kan.